Isnin, 23 Julai 2012

Ramadhan ya karim

Alhamdulillah...Bersyukur ke hadrat ilahi kerana DIA telah memanjangkan umur kita semua dan mengizinkan kita bertemu lagi di bulan yang amat mulia ini...Maaf kerana lambat sikit untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada ahli semua...Jadi saya ingin menulis sedikit entri untuk blog kita ini mengenai RAMADHAN AL-MUBARAK (membersihkan memandangkan blog ini sudah bersarang dan tidak di update)...



SEPINTAS MENGENAI RAMADHAN :)

Asal nama ramadhan diambil daripada perkataan Arab dari kata dasar "ramada" yang  membawa dua pengertian:

Pertama : memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan kesembilan dalam taqwim Qamariah(hijrah), kebanyakan Jazirah Arab berada dalam keadaan yang sangat panas dan bahang.

Kedua : ada juga pendapat yang mentafsirkan ramadhan itu merupakan bulan ganjaran pahala dan peleburan dosa. Orang yang berpuasa dapat meleburkan dosa - dosanya yang telah lalu dimana pada bulan ini dileburkan nafsu syaitaniah, dileburkan lemak- lemak dari sumber syubhat, dileburkan keegoaan bagi menghayati sifat kehambaan agar manusia yang lahir daripada tarbiah Ramadhan ini mampu menjadi manusia yang bersih zahir dan batin.

10 CARA MERAIKAN RAMADHAN

1. Meninggalakan perkataan dusta dan fasiq. Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesiapa yang tidak meninggalkanperkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan dahaga." (riwayat Bukhari)

2. Menghidupkan malam dengan ibadah Qiamullail. Sesungguhnya ibadah Qiamullail adalah kegemaran Nabi dan para sahabatnya. Kata Aishah r.a : "Janganlah kamu meninggalakan ibadat Qiamullail kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit ataupun tidak sihat, baginda akan solat dalam keadaan duduk."

3. Bersedekah. Rasulullah s.a.w adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan ramadhan. Sabda baginda s.a.w: " Sebaik-baik sedkah ialah sedekah pada bulan ramadhan."

4. Menjamu makanan. Kesan daripada jamuan boleh menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan . Nabi Muhammad pernah bersabda: " Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamulah makanan, sambungkanlah silaturrahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan selamat."

5. Banyak membaca al-quran dan menangis ketika membacanya. Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. membaca Surah Al-Mutaffifin. Apabila sampai kepada ayat 6 yang bermaksud: Hari ketika manusia berdidi menghadap Tuhan semesta alam. Beliau menangis sehingga rebah dan tidak berdaya lagi meneruskan bacaannya.

6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim bahawa apabila Rasulullah s.a.w. selesai menunaikan solat Subuh, Baginda akan terus duduk di tempat solatnya sehingga terbit matahari.

7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa : Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadhan . Manakala pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.

8. Mengerjakan Umrah. Rasulullah pernah bersabda : Pahala mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan menyamai pahala satu kali haji.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

9. Mencari malam- malam Lailatul Qadar. Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh mencari-cari malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan dan menyuruh para shabat mencari-cari malam tersebut.

10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada bulan Ramadhan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu mustajab.

Apa yang penting, kita semua mestilah berpuasa dan memohon ALLAH agar puasa kita diterima dan dapat menjadikan kita sebagai orang yang bertakwa. Perbaikilah diri kita. Berlumba-lumba lah untuk melakukan ibadat (bukan mat rempit ya!) kerana setiapamal kebaikan akan dibalas dengan pahala yang berganda-ganda dan dosa kita akan dihapuskan.

Sabda Rasullullah mafhumnya : 
" Barangsiapa yang menghayati kelebihan beribadat di bulan Ramadhan denagn penuh keimanan dan keikhlasan kerana ALLAH, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)...



Sampai disini sahaja sedikit sebanyak pasal ramadhan untuk pembukaan...kalau ahli system semua ingin mengetahui fadhilat-fadhilat di dalam bulan puasa, insyaAllah akan di pos kan entri terbaru ( kalau ada permintaanlah) Selamat menjalani ibadah puasa :)

2 comments:

::intan:: berkata...

Jom lh plan berbuka reramai....

Tanpa Nama berkata...

nk jumpa sesama skrg ni payahlah cik intan. tunggu raya nnti konvoi rmai2. wahaha!