Jumaat, 19 Mac 2010

Reunion Pertama : Rindu Terubat


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan perhimpunan rasmi (ceh) Reunion System 0709 sesi pertama kali 2010. Lokasi pertemuan telah berlangsung dengan meriahnya di Mc Donald's 2 Dataran Pahlawan Megamall.

Perancangan reunion dirancang bermula seawal 10.00 am. Namun atas kesulitan tertentu, pertemuan tergendala seketika. Ye lar, namer pon cuti, sah2 lar bangun lambat. Ramai juga yang menginformkan kepada penulis bahawa dia terpaksa lambat datang atas sebab2 tertentu. Namun, atas faktor kasihan dan simpati yang tinggi, penulis membenarkan mereka datang lewat sedikit. (Sebenarnyer aku pon 10.15 am baru gerak dr rumah) huhuhuhuh.


Disebabkan ketidakbiasaan mereka turun bandar, mereka masih lagi tidak arif tentang lokasi pertemuan. (Si Baim yang cangok pon tunggu bukan main lamer kt McDonald's 24 jam tu) Selepas tu pula, ader yang kerek malu-malu untuk berjumpa kawan lama menyebabkan orang penat menunggu dia masuk. Ada juga yang lembab nak mampos datang dan menunjukkan muka gembira tanpa timbul perasaan bersalah. (Cis)... Ape2 pon lebih kurang 50 orang ahli telah berjaya dihimpunkan, termasuklah Acap Tamin yang tetiber diterima secara sah sebagai ahli. (Nseb bek kwn aku)

McDonald's menjadi gamat seketika dengan suara kecoh warga batch kita yang tidak henti-henti berbual. Jika dahulu kita pendiam (terutama aku), namun pada saat itu, segala 1001 cerita ingin diceritakan. Gosip-gosip hangat menghangatkan lagi perhimpunan tersebut. Jikalau Britney Spears lalu tepi kitorang pun memang tidak akan terperasan sebab terlalu khusyuk dan asyik berbual. Best giler dapat bertukar2 idea bernas dan kisah2 menarik.

Sejurus merasakan masa yang sesuai telah tiba, lalu berdirilah Reeza Redzuan ( sedara Ha Seok Jin) memberikan ucapan alu-aluan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang hadirin kerana sudi menghadirkan diri pada reunion kali pertama ini. Selepas itu mesyuarat pun dijalankan dengan penuh perasaan tenteram. Semua ahli memberikan perhatian 100% terhadap majlis. Isu pertama ialah pelantikan Majlis Tertinggi System 0709. Bagi pencalonan Pengerusi, ahli sebulat suara memilih Reeza Redzuan sebagai Pengerusi. Lalu mengangis hiba dan terharu Reeza kerana tidak sangka diberikan kepercayaan yang tinggi oleh ahli.
Timbalan Pengerusi : Atiqah @ Ron
Setiausaha : Nurul Shahira binti Mat Lawi
Bendahari : Suli (adik kesayangan Olie)
Exco Multimedia & Publisiti : Bukhari (anak manjer)
: Ada (yuki tenshi)
Exco Program & Aktiviti : Sufri Shopian
: Shiera Wak Zup
Exco Data & Maklumat : Baim (skang kurg kentot)
: Farid (Hero Rembau)
Exco Khidmat Bakti : Nadiah Ibrahim (kdai kek)
: Nawwarah (si berani bwk enset g skola)

Program yang dirancang 2010
- memberikan hadiah khas kepada wakil guru SMKTM sempena Hari Guru yang bakal berlangsung kelak
- mengadakan lawatan ke Wonderland Theme Park di Ayer Keroh pada hujung tahun nie (x sabor siot)


Selepas mesyuarat, dengan lahapnya ahli makan jamuan di depan mata. Ader bdk pompuan tu siap makan french fries berdulang lagi tu. Alasan menghidupkan tradisi Jawa yang makan ambeng guner dulang.... huhuhu. Paling best, air bleh refill. Kitorang makanlah dengan dimulakan doa yang dipimpin oleh Nazir Rasul. Time menikmati hidangan, penulis terpandang Mat Kool (Fikri Azhar) yang tak makan dan hanya duduk tepi sahaja. Apabila diselidik, rupa-rupanya tak nak makan sebab tak nak bayar. Mungkin dia tak bawak duit bebanyak kot. Penulis pon mengoffer kentang goreng, tapi dier kerek2 malu lalu sekadar makan sundae cone. Huhuhu, sian giler...

Sambil tu, Suli pun menjalankan tanggungjawabnya mengutip duit dari setiap ahli sebanyak rm 12 (Saper aku dpt tau x byr, aku hempok dier nntie!!!!) Semua sekali langsam berharga rm 509.25..... (bleh lar tu) Selepas itu, ahli bergerak menuju hala tuju masing2. Ader yang men bowling, ader yang tengok wayang, ader yang kerek bershopping padahal x beli ape2 pon, ader yang melalak berkaraoke dangdut dan pop rock mahupun irama tradisional dan jangan terkejut, ader yang melepak bawah pokok sambil menikmati saat romantis (ceh)... Aper2 pon aktiviti yang dilakukan, semuanya dengan 1 matlamat 1 tujuan (ceh) menganyam kenangan indah.

Bukan senang dapat kumpul sekali lagi dan ketawa terbahak2 sebab selepas ini semua akan melakukan urusan masing2. Bukan senang juga kita dapat menatap wajah kawan kita sebelum dia pergi meninggalkan kita. Bukan senang juga dapat berhibur bersama kengkawan lama kerana selepas ini mungkin kita tidak dapat bertemu lagi. Namun, satu kata sepakat telah dicapai iaitu bersatu dan tidak akan melupai kenangan lalu... Sesungguhnya kerinduan kita selama ini terubat jua. Walau dapat bertemu tidak sapai 5 saat, namun hati tetap berasa bahagia kerana mengetahui dia dalam keadaan yang sejahtera. Terima kasih ya Allah kerana sudi menyatukan hati kami......

Isnin, 15 Mac 2010

Jemputan ke Reunion 01/2010


Perhatian kepada warga system 07-09, anda dijemput untuk menghadiri majlis Reunion System 07-09 kali pertama sesi 2010 di Mc Donald's 2 Dataran Pahlawan (ala yg dkt ngn Hotel Renaissance tu) pada pukul 10.00 am pada 17 Mac 2010 (Rabu)

Tujuan utama majlis ini adalah untuk menghimpunkan ahli system 07-09 dan merapatkan kembali hubungan antara satu sama lain. Selain itu, kita boleh mengetahui gosip-gosip panas. (nie yg tak sabor). Kita juga boleh bertukar-tukar cerita memandangkan kebanyakan ahli datang dari pelbagai tempat.

Seterusnya, kita juga akan mengadakan mesyuarat penting bagi membincangkan kedudukan system 07-09. Kita akan melantik beberapa anggota Majlis Tertinggi bagi memastikan organisasi ini terus kukuh sampai bila-bila dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Pelantikan ini penting bagi membolehkan segala aktiviti dapat dijalankan dengan terancang dan lebih bererti.

Ahli Majlis Tertinggi System 07-09

Pengerusi
- Memastikan pertubuhan ini terus hidup
- Berhak memutuskan sesuatu keputusan berdasarkan suara ahli
- Memastikan ahli di bawahnya melakukan tugas

Timbalan Pengerusi
- Membantu tugas Pengerusi
- Berhak menggantikan atau mewakili Pengerusi semasa ketiadaannya

Setiausaha
- Mencatatkan segala perkara yang berlaku dalam pertubuhan ini
- Me'list'kan semua nama ahli agar pertubuhan ini terus terpelihara

Bendahari
- Membuat kutipan wang antara ahli pertubuhan
- Merangka strategi bagi mengukuhkan kedudukan kewangan

Exco Data dan Maklumat
- Menyimpan segala rekod aktiviti ahli sama ada dari segi foto atau bertulis
- Sentiasa merakam segala aktiviti yang berlaku sama ada dari segi foto atau bertulis

Exco Multimedia dan Publisiti
- Menghebahkan segala aktiviti yang akan dijalankan kepada semua ahli
- Mengemaskini blog rasmi pertubuhan

Exco Program dan Aktiviti
- Merangka segala aktiviti untuk pertubuhan agar terus subur sepanjang masa
- Memastikan ukhwah antara ahli berkekalan

Exco Khidmat Bakti
- Merangka pelan bagi menyumbang bakti kepada sekolah dan masyarakat
- Merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukan kewangan pertubuhan


Setiap Exco akan mempunyai 2 orang ahli jawatankuasa sebagai pembantu. Majlis Tertinggi ini akan terdiri daripada pelajar luar SMKTM dan yang masih belajar di SMKTM bagi memudahkan segala urusan. Jawatan yang disandang tiada gaji tetapi berakarkan keikhlasan bagi menghidupkan tali ukhwah antara ahli. (Byk cantik ko nk gaji!) Semoga Ahli Majlis Tertinggi akan membantu perkembangan dan menghidupkan Pertubuhan System 07-09. So, mulai sekarang, anda boleh berfikir-fikir untuk mencalonkan nama sesuai bagi menganggotai Majlis Tertinggi ini.

Mesyuarat akan dijalankan semasa perjumpaan nanti. Ingat, lepas mesyuarat baru makan!!! Saper yang makan sambil jamuan, siap dia. Ahli juga diseru untuk menyediakan RM 12 sahaja. (saper x nmpak gak aku hempok muker dier) So, sape yang rasa nak simpan RM 12 tu untuk bawak dalam kubur, dinasihatkan tak payah ler datang. Buat nyusahkan jer kan. Nak makan free jer tu! Duit tersebut akan digunakan untuk jamuan dan sebagai kewangan asas untuk pertubuhan kita.

Sesiaper yang raser bithday dier dh lepas atau hampir tiba, dialu-alukan bwk kek secret recipe atau baskin robbin utk diraikan bersama...... Diingatkan jugak kepada anak2 dara dan bujang yang pemalas bgn lambat tu, bangun2 ler awal skit aritu. (Nantie burger tu dh sejuk...) Datang jangan tak datang. Bukan senang dapat jumper.!!!!!

Ahad, 14 Mac 2010

JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.....................
Begitu jugalah dgn pertemuan kita semua. Tuhan telah mentakdirkan kita bertemu di SMK Telok Mas. Dengan persembahan minggu orientasi yang mengagumkan, kita telah menonjolkan siapakah sebenarnya kita. Sejak Tingkatan 1 kita digelar sbg batch paling berbakat..... Best giler. Banyak persembahan batch kita yangg buat. Naik Tingkatan 2, kita semakin mengorak langkah. Kita sudah boleh berdiri sendiri. Pelbagai persembahan kita yang lakukan sendiri. Tak perlu bantuan org lain. Kelas 2 Alpha dan 2 Sigma membuat persembahan berkaitan kemerdekaan. Kita jugalah perintis utk menganjurkan sesuatu program. Kita telah merancang sendiri utk mengadakan lawatan ke Genting Highlands. Paling membanggakan, dari A smpai Z semua itu merupakan hasil tangan kita. Melangkah ke tahun mencapar, tahun peperiksaan PMR. Kita seperti tidak merasakan kehadiran PMR. Kita berseronok dari awal tahun dgn melakar pelbagai kenangan. Kita juga menganggap, org yg berjaya bukan sekadar membaca buku tetapi turut terlibat aktif dlm bidang lain. Kita juga perintis kepada penghasilan buletin pertama sekolah, Glitz. Pelbagai jualan dan aktiviti dirancang bagi mengukuhkan ekonomi Glitz. Teringat pula semasa penat lelah membuka gerai. Semua bekerjasama bagi memastikan aktiviti yang dirancang berjaya. Batch kita sendiri telah membuka 2 gerai iaitu Glitz dan gerai gabungan Suliyana-Shafikah. Paling membanggakan, kerjasama erat bukan sekadar ahli Glitz sahaja tetapi turut merangkumi kengkawan batch lain. Siapa yang meng'conduct' 2 eksplorace, iaitu semasa minggu Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup kalau bukan batch kita. Siapa pula yang bersusah payah menjual itu dan ini semasa jualan Hari Guru kalau bukan batch kita. Kitalah pencetus inspirasi di SMKTM!!!


Selepas itu kita tunjukkan kehebatan kita dlm akademik. Walaupun bergiat aktif dlm pelbagai bidang, namun kita telah membuktikan pada Cikgu Jamilah bahawa itu bukan alasan untuk gagal. Kitalah batch terhebat yang memperoleh 4 org pelajar 8A dalam Peperiksaan Percubaan PMR. Walaupun angka yang kecil, namun menandakan bahawa kita bakal melakar sejarah kerana batch sebelumnya sekadar 2 orang dan ada yang tiada langsung. Pelbagai memori indah sudah terlakar manis walaupun dihiasi dengan rasa pahit. Tetapi kadangkala yang pahit itulah bakal menjadi manis pabila dikenang kelak. Masa berlalu begitu pantas. Demam peperiksaan sudah tiba. Kita berinisiatif untuk mengadakan majlis bacaan yasin sebanyak 21 kali sbg ikhtiar terakhir sebelum bertarung di dalam dewan peperiksaan. Kita bersama-sama membantu untuk persiapan terakhir agar peperiksaan yang bakal ditempuhi menjadi kenangan indah. Akhirnya PMR berlalu, muncul pula episod bercuti. Kita jugalah pelajar pertama yang mengadakan mesyuarat 'agung' sebenar dan melatih untuk berbudaya mengenali fungsi sesuatu jawatan. Kita jugalah yang melakukan proses demokrasi iaitu dengan melakukan pilihan raya tertutup. Kita juga sekali lagi merancang mengadakan lawatan dan pada kali ini lebih berprestij iaitu ke Sunway Lagoon. Pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan dana yang mencukupi. Tidak lupa juga lawatan alam semulajadi ke Bkt Larut. Semuanya hasil peluh kita. Minggu akhir tahun pula menjelang. Setiap kelas mengadakan majlis tersendiri dan yang penting dipenuhi dengan kegembiraan dan kenangan indah.

Menjangkaui Tingkatan 4, kematangan fizikal dan mental terpancar. Saf kita semakin ampuh. Kita telah menggemparkan sekolah dengan menghadiahkan 53 orang 8A. Hadiah yang sangat bernilai buat ibu bapa, guru-guru, sekolah, masyarakat sekitar dan juga kepada diri sendiri. Berduyun-duyun orang memberikan tabik kepada kita. Dengan membulatkan azam, kita akan terus mara ke hadapan. Sudah 2 kali kita makan pizza di sekolah dan turut membanggakan kita mampu untuk membelanja cikgu-cikgu. Namun, keampuhan saf itu terusik. Dalam suasana kegembiraan, kita dikejutkan dengan perpisahan. Batch kita ditakdirkan untuk menjelajah Malaysia bagi menimpa ilmu pengetahuan. Dari MRSM Pengkalan Chepa Kelantan, The Malay College Kuala Kangsar Perak, SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur, MRSM Kuching Sarawak, SM Sains Muzaffar Syah, SBPI Selandar sehinggalah SM Sains Muar, batch kita telah bertebaran hampir segenap Malaysia. Belum termasuk yang tidak disebut, dan bakinya masih setia menetap di SMK Telok Mas Melaka tercinta, kita masih terus ampuh.

Menyedari akan kepergian itu, kita telah menganjurkan satu majlis khas dinamakan Sambutan Memori '07-'09. Seperti biasa, kita tunjukkan bahawa kita mampu mengendalikan sesuatu majlis dengan jayanya. Pelbagai sumber dana diperoleh bagi menampung pembiayaan majlis tersebut. Kita bekerjasama melukis banner, mengendalikan persembahan, perhiasan pentas, susun atur kedudukan guru dan pelajar, gimik perasmian, kek dan cenderamata, mengacara majlis dan sebagainya merupakan hasil keringat kita. Tidak salah menganggap hari tersebut merupakan hari perpisahan paling bermakna dalam hidup kita.

Namun, kini semuanya telah berlalu. Jangan biarkan kenangan itu terus meragut jiwa kita. Tugas kita sekarang adalah untuk terus meluruskan saf bagi menggapai kegemilangan. Kita akan terus berbakti untuk sekolah dan masyarakat. Pelbagai program akan diatur dan semoga mendapat kerjasama padu dari seluruh pihak. Semoga blog ini akan menjadi wadah untuk kita bertemu dan mendapatkan informasi terkini. Janji kita, akan terus bersama membantu sekolah, masyarakat dan negara! Insya-Allah. Salam ukhwah...........