Rabu, 29 Disember 2010

Sumbangan Pertama Untuk SMKTM


Alhamdulillah

Pada 28 Disember 2010, system 0709 telah berjaya melaksanakan rancangan system 2010 yang terakhir iaitu berbakti kpd SMKTM dengan menghadiahkan 2 hamparan karpet dan 2 helai alas kaki. Walaupun hadiahnya tidak seberapa namun dapat menjadi titik tolak supaya kita bekerjasama membantu pihak sekolah walaupun sudah tidak lagi menuntut di situ.

Pihak sekolah yang diwakili oleh Puan Pengetua, Cik Hjh Jamilah Ismail merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada batch system 0709. Beliau juga turut melahirkan perasaan kagum atas ukhwah yang dibina saling kukuh walaupun belajar berjauhan. Beliau turut mendoakan agar kita dapat melakukan yang terbaik untuk SPM 2011.


Dalam sesi ramah mesra terbabit, beliau turut melahirkan rasa sedih beliau atas pencapaian yang kurang memberangsangkan SMKTM PMR 2010. Beliau malahan memuji batch kita kerana lebih baik dari segi sahsiah, akademik, kokurikulum dan kemenjadian pelajar.


Justeru, kami mengharapkan agar batch seterusnya dapat meningkatkan pencapaian gemilang SMKTM. Tidak lupa juga ahli system 0709 yang masih setia di SMKTM supaya buat yang terbaik dan serlahkan kemenjadian pelajar anda dari segi akademik, kokurikulum dan kepimpinan. Kepada ahli system 0709 yang lain, do your best n good luck!!!!

Khamis, 23 Disember 2010

Gemerlapan Reunion Final Year 2010

Alhamdulillah

Akhirnya, reunion system 0709 berjaya dilaksanakan menutup tirai edisi 2010. Pelbagai idea dan buah fikiran berjaya dilontarkan menjadikan reunion kali ini bersifat lebih akademik dan tidak mementingkan hiburan semata-mata. Walaupun sesetengah kurang bersetuju dengan pendekatan sebegini, penulis tetap berkeras serta bulat hati menganjurkan reunion seperti ini kerana menyedari pelbagai himah yang boleh kita pelajari memandangkan kedudukan kita sebagai seorang pelajar yang mengejar kejayaan.

Lokasi diadakan di rumah Bukhari di Kampung Tersusun Serkam. Penulis terukir senyuman apabila melihat kesungguhan ahli system 0709 yang kebanyakannya datang awal bagi mempersiap majlis. Mereka bekerjasama memasang banner dan mempersiap tempat. Setelah kedatangan penulis, majlis terus bergerak rancak dgn mengarahkan tugasan supaya semua ahli bergerak aktif melaksanakan aktiviti dan bukan bertindak pasif. Pihak lelaki menyediakan arang dan mempersiap kedudukan meja dan payung2. Pihak perempuan pula mempersiap bhn masakan seperti melumur ikan dan ayam serta membuat sambal kicap. Tidak kurang juga yang sering berulang-alik bagi menunjuk arah ke rumah Bukhari.


Suasana juga bertambah hangat apabila dedikasi lagu disampaikan. Fotographer juga tidak lekang menangkap saat2 manis tidak kira sudut dan tempat. Persiapan sudut pameran juga mengambil tempat dan aktiviti membakar ikan cencaru, peha ayam, ikan siakap dan udang berterusan tanpa henti. Kedatangan ahli pula semakin bertambah dari semasa ke semasa.


Majlis dimulakan dengan sesi presentation. SMK Telok Mas mendahului senarai dengan membentangkan kemajuan yang dicapai setelah ketiadaan kami. Sm Sains Muar pula membincangkan penglibatan kokurikulum mereka di peringkat antarabangsa. SM Sains Alam Syah pula lebih menekankan konsep pembelajaran yg efektif. Seterusnya SM Sains Muzaffar Syah menceritakan kehebatan sekolah berprestasi tinggi mereka.

Setelah siap dibakar, jamuan pula dimulakan. Ahli system makan dgn rakusnya terutama pihak perempuan. Disebabkan ration byk lebih, ahli2 dibenarkan makan sebanyak mungkin tanpa risau2. Memang kenyang dan berbaloi. Kek yang disponsor oleh Nadiah Ibrahim juga mendapat sambutan dan dijadikan desert.

Seterusnya, Malay College Kuala Kangsar mengambil alih dgn menerangkan keunikan tersendiri sekolah dan pelajar yang boleh diaplikasikan kepada batch kita. SM Sains Rembau menekankan kunci kejayaan pelajar mereka yang berakarkan nafas Islami. MRSM Pengkalan Chepa melontarkan idea pembelajaran secara variasi. MRSM Tun Ghafar Baba pula menunjukkan kepakaran menjadi saintis muda bioteknologi.

Setelah itu, kami bersembahyang secara berjemaah. Ucapan penutup disampaikan dengan gesaan supaya kita mengukuhkan saf batch kita tanpa prejudis. Ahli juga dinasihatkan supaya belajar bersungguh2 dan mendoakan kejayaan bersama SPM 2011. Reunion seterusnya akan diadakan selepas SPM memandangkan Tingkatan 5 merupakan tahun paling sibuk yang bakal kita jalani. Selepas itu majlis diakhiri dengan sesi pameran. Penerangan disampaikan secara bergilir-gilir dan ahli berpeluang mengenali dengan lebih dekat mengenai sekolah terbabit. Kalendar 2011 edisi system 0709 juga diedarkan kepada setiap orang sebagai tanda kenang-kenangan.

Sesungguhnya, pelbagai idea bercambah dan bertukar menerusi reunion pada kali ini. Ahli juga dapat bersua dengan begitu mesra setelah sekian lama tidak bertemu. Pelbagai perasaan diluahkan dan sekuarang2nya saat itu hati kami menjadi satu. Walaupun tidak sampai 30 orang ahli hadir, namun secara keseluruhan pihak penganjur berpuas hati kerana objektif tercapai. Kagum juga kepada ahli2 yang jauh dan bersungguh2 untuk tetap hadir ke reunion pada kali ini. Dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan insya-Allah silaturahim yang dibina walau berjauhan akan terus utuh tak luput ditelan zaman.


Sekalung penghargaan diucapkan kepada Bukhari dan sekeluarga, bapa penulis, ahli yang baik hati mensponsor kicap, arang, polistrin, tisu dan sebagainya serta menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan masa demi kejayaan penganjuran reunion system 0709 final year 2010. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Rabu, 15 Disember 2010

Tentatif Reunion Final Year 2010

nie ha rancangan reunionnyer...............

11.00 - ketibaan ahli
- mempersiap pameran
- mempersiap bbq
12.00 - jamuan tengah hari
12.30 - ketibaan tetamu vip (rahsia)
- sudut pameran dibuka
1.15 - sembahyang zuhur berjemaah
1.45 - sesi presentation
3.00 - gotong royong
- bersurai

saper blek awal x kemas aku cincang2 dia.....
berikut juga disenaraikan Jawatankuasa Reunion Final Year 2010

Presiden - Reeza Redzuan
Naib Presiden - Nadiah Kamal Bahrin
AJK Pengangkutan - Noraniza Sumarli
AJK Pameran - Ummi Syahirah Jamaluddin Jarjis
AJK Kebersihan - Nurul Atiqah Mohd Noor
AJK Makanan - Zaiariff Zainurin
AJK Presentation - Nurul Suhada Ismail
AJK Persiapan - Bukhari Syafiq
AJK Publisiti - Amirul Farid

Dengan ini juga bangga saya umumkan tarikh reunion dianjak ke 22 Disember 2010 hari Rabu.................. hebahkan yer

Selasa, 14 Disember 2010

Reunion Akhir Tahun 2010

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..

Ceh rupenyer blog nie dh berhabuk dh..sorry yer...busy sket. Tok straight to the pointnyer, aku nk bgtau psl reunion kita nie. So harap2 korg setuju lar yer..
Setelah berhari2 aku menuntut di Gua Niah untuk memerah idea ttg reunion nie, barulah aku dpt satu cetusan fikiran yg mungkin boleh kita aplikasikan untuk reunion kita..

Selama ini balik2 reunion kita buat dkt Mahkota, Dataran dan sebagainya. Apa kata kita buat dkt tempat yg agak simple tetapi masih lagi menekankan objektif utama reunion iaitu bermesra dan bertukar fikiran bersama. Berikut mrupakan cdgn :

Lokasi : Rumah Encik Asnain (Bukhari)
Tarikh : 22 Disember 2010 (Rabu)
Masa : bermula dari 11.00 am
Menu : apa2 jer buleh
Tema : Kenali Persamaan Terokai Perbezaan

Aaaaaaa, biar aku citer satu per satu. Ramai ahli System 0709 menjelajah melanjutkan pelajaran. Namun, pelbagai cerita yang belum dikongsi oleh mereka untuk kita contohi dan teladani. Justeru, mari kita berkumpul bersama selain dapat bertukar pengalaman, kita juga dapat merasai suasana pendidikan di sekolah lain.

Di rumah Bukhari nantie akan disediakan ruang pameran untuk korang menayangkan brg2, gmbar2 atau info2 berkaitan skolah masing2. Kita juga akan menyelitkan sesi untuk presentation berkaitan skola korang. Presentation akan diadakan di tingkat atas dgn skrin tv 52 inchi..... oklar tuh. Tujuan bender nie diadakan ialah untuk kita tinjau sekurang2nya kita x skola kat situ tp dpt tau lar psl skola tuh.. Kriteria presentation mistilah 1.Info sekolah 2.Pencapaian akademik 3.Penglibatan kokurikulum 4.Pengalaman ........... Setiap skola misti menghantar wakil utk presentation.. SMK Telok Mas pon kener present tau, jgn pikir korg terlepas. Ko kener bgtau aper2 kriteria tersebut selepas ketiadaan kami.

Psl menu plak, korang pikirlar cpt2.... Aku memuler rncg nasi ayam.. Ada gak klau nk buat BBQ or Ikan Bakar, semua brg2 aku ader.... Aper2 lar yer, korg pikir.

So diharapkan penyertaan reunion kali ini memuaskan.. Tema reunion kali ini bukan berhibur semata2 sebaliknya utk bertukar pndgn. Klau korg nak buat reunion len pon x per misalnyer nk pegi DP ker, tp tu x rasmi... Klau korg x berminat langsung pon x per tp yg penting aku harap sekurang2nyer aku dpt bertemu korang. Insya-Allah semuanya boleh dilaksanakan. Penyertaan semua sekolah termasuklah SBP, MRSM, Teknik, Agama dan sebagainya semua dialu2kan.... terima kasih..Mari Kenali Persamaan Terokai Perbezaan!!!

Khamis, 18 November 2010

System 0709 Chat Room


Bagi merapatkan lagi tali persaudaraan kita yang selama ini terbenam seketika, Majlis Tertinggi System 0709 telah bersidang dan bersetuju untuk menubuhkan System 0709 Chat Room. Chat room ini boleh dichat melalui facebook sahaja, so saper2 yang masih guner friendster or myspace , kirim salam ar.....

Diharapkan chat room ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli dan tidak didominasi oleh pihak2 tertentu sahaja. Segala perancangan mengenai aktiviti System 0709 akan didiskusikan dengan berhemah.... Berbuallah secara berhemah dan jangan sesekali menyalakan api dalam sekam ok... Penulis dapat mengagak ayat paling common yang akan ditulis pastinya mengenai rasa rindu yang mekar untuk bertemu...

Antara perancangan terbaru yang bakal dilaksanakan insya-Allah ialah :-
- melawat Cikgu Muhammad Tamsari, guru kaunseling yang masih terlantar di hospital
- mengadakan reunion di Melaka Wonderland Theme Park
- memanfaatkan tabung pertubuhan kita yang baru jer Rm 50 tu dan buat kutipan lagi untuk membeli karpet dan didermakan kepada surau sekolah Telok Mas....


Salam Aidiladha juga diucapkan kepada ahli2. Sekarang dah cuti so mari kita enjoy!!!

Ahad, 5 September 2010

Peperiksaan Percubaan PMR dan MERDEKA


Exam nie sangat menakutkan... maner x nyer, exam nie lar yang akan menentukan kedudukan kita sepanjang keberadaan sejak form 1 hinggalah form 3 sebelum melangkah ke saat PMR yang sebenar.
Ahli system 0709 seperti biasa begitu busy sehingga terpaksa mencuri waktu untuk persediaan Trial PMR. Banyak yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum sehinggakan Pengetua khuatir akan keadaan kita memandangkan Trial akan menjelang tidak lama lagi. Namun akhirnya, mujurlah terdapat 4 orang ahli kita yang berjaya mendapat straight a's berbeza dengan tahun2 sebelumnya. 7a dan 6a pula melambak-lambak. syukur kepada Tuhan. Sebelum itu tahniah juga kepada form 3 tahun nie yang menunjukkan peningkatan dengan pertambahan sebanyak 2 orang.

Tujuan utama penulis mencoretkan ruangan ini sebenarnya ingin berkongsi berkenaan pengalaman kitorang di ASPURA. Walaupun Trial menjelang, mereka tetap merasakan keseronakan dan bukan tekanan melampau. Macam nie ceritanyer, esoknyer tu periksa sejarah. Pada pukul 12.30 awal pagi yang hening, tiba2 boleh ader perancangan perang-perang antara form 3 dan form 5 (2009). Semasa sedang khusyuk membaca buku teks sejarah yang tercinta dipimpin oleh Reeza di dorm 3 yang bahagia, tiba-tiba kitorg dikejutkan dengan kejutan yang mengejutkan. Hakeem(form 5) tetiba memberi salam lalu lampu jurus dipadamkan. Mereka terus menghunus bantal-bantal lalu menghempokkan kepada kitorang. Maka bertempikan dan bertempiaranlah kami menyelamatkan diri. Mereka turut menculik Naqib lalu menghumbankannya ke dalam markas mereka (library aspura). Kami terpinga-pinga. Tiba-tiba semua form 3 bersidang (kecuali Baim yang sedang membuta dengan lenanya mcm shit dan bitch), kami berhasrat ingin menawan kembali Naqib serta mengadakan perang balas. SMS diterima, kami dicabar menyelamatkan Naqib di dalam library. Strategi disusun rapi. Afif Syafaan dan Alif Leman sebagai penggempur utama. Paan ditugaskan mencilok Naqib semula. Beijing, Botak dan Nazmi sebagai penghempuk bantal. Tidak dilupa Nabil, Faiz Tajud dan Ilmie backup kedua. Reeza pula pelibas tuala. Zainal khusyuk berdoa di luar. Nazir penjaga pintu. Setelah itu kami pun memulakan gerakan. Serangan pertama gagal kerana Pak Guard kengkang sibuk menyuluh aper yg berlaku. Serangan ke-2 pula dilakukan dgn licik dan senyap. Kami berjaya membawa pulang Naqib namun Paan pula yang tertangkap (lembab sgt nk gerak). Kitorg memula malas nk selamatkan sebab biarlah dia terbunuh pon, tp memandangkan semgt setia kawan yang tinggi kami terpaksa juga selamatkan. Serangan ke-3 dilakukan secara diplomasi. Kami mengadakan rundingan. Antara syarat yang dipersetujui ialah membebaskan Paan dan boleh menculik Baim sesuka hati di mana jua pada bila-bila masa tanpa sekatan. Perjanjian termeterai lalu berakhirlah Peperangan 1 Malam tersebut. Mereka (form 5) menyatakan bahawa tujuan asal peperangan tercetus apabila melihat form 3 asyik tekun belajar jer, diorg pon jealous teramat. Huhuhu
camtuler citer nyer......

Sempena Kemerdekaan Malaysia, penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53. 1 Malaysia : Menjana Transformasi. Contohilah gambar berikut yang menunjukkan semangat patriotik yang tinggi. huhuhuhu

Ahad, 29 Ogos 2010

Salam Takziah


Pada hari khamis yg lalu, 26 Ogos 2010, kita dikejutkan dengan berita kematian bapa kepada Ilmie Latif. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas Sahur dalam dakapan anaknya yang tersayang. Sesungguhnya kematiannya tidak diduga dan diharapkan keluarga Ilmie dapat reda dan bersabar akan ketentuan Ilahi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allayarham Latif. Al-Fatihah.............

Jumaat, 11 Jun 2010

SORRY SESANGAT..................


Sekalung kemaafan dipanjatkan kepada semua warga system 0709...
Sebenarnyer cmnie, penulis beriya-beriya mahu mengadakan reunion kembali sesi ke-2 untuk pertubuhan kita. Namun atas sebab2 yang menghalang, mungkin rencana ini tidak dapat dijalankan.

Bapa penulis sebenarnyer sedang terlantar di Hospital Kuala Lumpur. Penulis sendiri terkejut kerana semasa pulang dari Taman Negara Pahang, tetiba beliau call supaya terus ke Hospital Kuala Lumpur, bukannya ke Melaka. Penulis mengetahui sebelum ini bapa telah masuk ke Hospital Melaka. Perpindahan ini menunjukkan penyakit bapa penulis semakin serius.
Penulis pulang juga ke Melaka pada hari Selasa itu. Namun akan kembali ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu. Berkemungkinan besar penulis akan berada di sana sehingga hari Jumaat. Hal ini kerana pada hari Isnin, bapa penulis akan dioperate. Untuk pengetahuan semua, bapa penulis mengalami masalah saraf.

Oleh itu, sekali lagi penulis memohon maaf kerana tidak dapat merancangkan reunion untuk pertubuhan kita. Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh berjumpa. Cubalah anda berbincang sama sendiri dan bergembiralah bersama. Pada masa yang sama jangan lupa agar mendoakan kesejahteraan buat bapa penulis. Jangan lupa untuk membeli baju batch kita yang sangat lawa dan cun melecun dengan harga RM24. Baju tersebut dijamin berkualiti tinggi dan boleh dijadikan kenangan.

Apa-apa pun yang tak pergi reunion, jangan lupa simpan duit. Penulis dalam perancangan untuk mengadakan reunion agung pada hujung tahun ini di Wonderland Melaka Theme Park. Salam hormat dan mohon maaf.......

Isnin, 31 Mei 2010

Ziarah Sehari : Mengimbau Memori Perjuangan....


Alhamdulillah, dengan izin tuhan dapatlah penulis menziarahi SMK Telok Mas yang tercinta. Rindu sangat kat sekolah nie. Tempat jatuh lagi dikenang apa lagi tempat menuntut ilmu!

Suasana tidak banyak jauh beza, namun bisikan perjuangan itu tetap ada. Apatah lagi sekarang ini merupakan minggu peperiksaan. Kelihatan mereka begitu struggle untuk mendapatkan yang terbaik bagi memastikan kejayaan yang istiqamah dan berkualiti.





Batch kita juga disebut-sebut kerana kehebatan dan keunggulan berbanding batch-batch yang lain. Ziarah penulis dapat disimpulkan sebagai melepas rindu terbuku dalam sanubari terhadap SMK Telok Mas. We miss You SMK Telok Mas

Sabtu, 29 Mei 2010

PIBG....Kejayaan Dirai


Alhamdulillah, dengan izin Allah ahli system 0709 berjaya dihimpunkan untuk diraikan kejayaan mereka. Pada Hari PIBG SMKTM 2010 mereka diberikan pengiktirafan atas kejayaan menggempak lagi mengharumkan nama sekolah serta meletakkan reputasi pada tahap yang amat membanggakan.

Walau tidak kesemua pelajar 8A yang hadir, namun sekurang2nya ikatan persahabatan yang kukuh lagi erat mula dizahirkan apabila dapat kembali bertemu. Sesungguhnya, majlis seperti ini merupakan wadah kepada mereka untuk bersemuka dengan lebih dekat sambil pot pet pot pet tentang suasana baru di sekolah baru.

Mereka diberikan sijil penghargaan dan wang berupa unit Amanah Saham Bumiputera bernilai RM 80. Paling membanggakan, wakil system 0709, Reeza Redzuan berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum 2009 sekaligus berjaya mengatasi dominasi pelajar Tingkatan 5.


Cuber renung muka Fikri Majid, kelakar x??? Beliau sangat fokus dan serius mendengar ucapan dari Puan pengetua.

Walau apapun, kejayaan yang diraikan ini amat bermakna kerana sesungguhnya memberi galakan kepada batch seterusnya untuk melakar kegemilangan sekaligus mengakui keunggulan system 0709. 53 org 8A !!!!! Tahniah.............. Semoga kejayaan kita berterusan untuk SPM 2011...

Jumaat, 19 Mac 2010

Reunion Pertama : Rindu Terubat


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan perhimpunan rasmi (ceh) Reunion System 0709 sesi pertama kali 2010. Lokasi pertemuan telah berlangsung dengan meriahnya di Mc Donald's 2 Dataran Pahlawan Megamall.

Perancangan reunion dirancang bermula seawal 10.00 am. Namun atas kesulitan tertentu, pertemuan tergendala seketika. Ye lar, namer pon cuti, sah2 lar bangun lambat. Ramai juga yang menginformkan kepada penulis bahawa dia terpaksa lambat datang atas sebab2 tertentu. Namun, atas faktor kasihan dan simpati yang tinggi, penulis membenarkan mereka datang lewat sedikit. (Sebenarnyer aku pon 10.15 am baru gerak dr rumah) huhuhuhuh.


Disebabkan ketidakbiasaan mereka turun bandar, mereka masih lagi tidak arif tentang lokasi pertemuan. (Si Baim yang cangok pon tunggu bukan main lamer kt McDonald's 24 jam tu) Selepas tu pula, ader yang kerek malu-malu untuk berjumpa kawan lama menyebabkan orang penat menunggu dia masuk. Ada juga yang lembab nak mampos datang dan menunjukkan muka gembira tanpa timbul perasaan bersalah. (Cis)... Ape2 pon lebih kurang 50 orang ahli telah berjaya dihimpunkan, termasuklah Acap Tamin yang tetiber diterima secara sah sebagai ahli. (Nseb bek kwn aku)

McDonald's menjadi gamat seketika dengan suara kecoh warga batch kita yang tidak henti-henti berbual. Jika dahulu kita pendiam (terutama aku), namun pada saat itu, segala 1001 cerita ingin diceritakan. Gosip-gosip hangat menghangatkan lagi perhimpunan tersebut. Jikalau Britney Spears lalu tepi kitorang pun memang tidak akan terperasan sebab terlalu khusyuk dan asyik berbual. Best giler dapat bertukar2 idea bernas dan kisah2 menarik.

Sejurus merasakan masa yang sesuai telah tiba, lalu berdirilah Reeza Redzuan ( sedara Ha Seok Jin) memberikan ucapan alu-aluan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang hadirin kerana sudi menghadirkan diri pada reunion kali pertama ini. Selepas itu mesyuarat pun dijalankan dengan penuh perasaan tenteram. Semua ahli memberikan perhatian 100% terhadap majlis. Isu pertama ialah pelantikan Majlis Tertinggi System 0709. Bagi pencalonan Pengerusi, ahli sebulat suara memilih Reeza Redzuan sebagai Pengerusi. Lalu mengangis hiba dan terharu Reeza kerana tidak sangka diberikan kepercayaan yang tinggi oleh ahli.
Timbalan Pengerusi : Atiqah @ Ron
Setiausaha : Nurul Shahira binti Mat Lawi
Bendahari : Suli (adik kesayangan Olie)
Exco Multimedia & Publisiti : Bukhari (anak manjer)
: Ada (yuki tenshi)
Exco Program & Aktiviti : Sufri Shopian
: Shiera Wak Zup
Exco Data & Maklumat : Baim (skang kurg kentot)
: Farid (Hero Rembau)
Exco Khidmat Bakti : Nadiah Ibrahim (kdai kek)
: Nawwarah (si berani bwk enset g skola)

Program yang dirancang 2010
- memberikan hadiah khas kepada wakil guru SMKTM sempena Hari Guru yang bakal berlangsung kelak
- mengadakan lawatan ke Wonderland Theme Park di Ayer Keroh pada hujung tahun nie (x sabor siot)


Selepas mesyuarat, dengan lahapnya ahli makan jamuan di depan mata. Ader bdk pompuan tu siap makan french fries berdulang lagi tu. Alasan menghidupkan tradisi Jawa yang makan ambeng guner dulang.... huhuhu. Paling best, air bleh refill. Kitorang makanlah dengan dimulakan doa yang dipimpin oleh Nazir Rasul. Time menikmati hidangan, penulis terpandang Mat Kool (Fikri Azhar) yang tak makan dan hanya duduk tepi sahaja. Apabila diselidik, rupa-rupanya tak nak makan sebab tak nak bayar. Mungkin dia tak bawak duit bebanyak kot. Penulis pon mengoffer kentang goreng, tapi dier kerek2 malu lalu sekadar makan sundae cone. Huhuhu, sian giler...

Sambil tu, Suli pun menjalankan tanggungjawabnya mengutip duit dari setiap ahli sebanyak rm 12 (Saper aku dpt tau x byr, aku hempok dier nntie!!!!) Semua sekali langsam berharga rm 509.25..... (bleh lar tu) Selepas itu, ahli bergerak menuju hala tuju masing2. Ader yang men bowling, ader yang tengok wayang, ader yang kerek bershopping padahal x beli ape2 pon, ader yang melalak berkaraoke dangdut dan pop rock mahupun irama tradisional dan jangan terkejut, ader yang melepak bawah pokok sambil menikmati saat romantis (ceh)... Aper2 pon aktiviti yang dilakukan, semuanya dengan 1 matlamat 1 tujuan (ceh) menganyam kenangan indah.

Bukan senang dapat kumpul sekali lagi dan ketawa terbahak2 sebab selepas ini semua akan melakukan urusan masing2. Bukan senang juga kita dapat menatap wajah kawan kita sebelum dia pergi meninggalkan kita. Bukan senang juga dapat berhibur bersama kengkawan lama kerana selepas ini mungkin kita tidak dapat bertemu lagi. Namun, satu kata sepakat telah dicapai iaitu bersatu dan tidak akan melupai kenangan lalu... Sesungguhnya kerinduan kita selama ini terubat jua. Walau dapat bertemu tidak sapai 5 saat, namun hati tetap berasa bahagia kerana mengetahui dia dalam keadaan yang sejahtera. Terima kasih ya Allah kerana sudi menyatukan hati kami......

Isnin, 15 Mac 2010

Jemputan ke Reunion 01/2010


Perhatian kepada warga system 07-09, anda dijemput untuk menghadiri majlis Reunion System 07-09 kali pertama sesi 2010 di Mc Donald's 2 Dataran Pahlawan (ala yg dkt ngn Hotel Renaissance tu) pada pukul 10.00 am pada 17 Mac 2010 (Rabu)

Tujuan utama majlis ini adalah untuk menghimpunkan ahli system 07-09 dan merapatkan kembali hubungan antara satu sama lain. Selain itu, kita boleh mengetahui gosip-gosip panas. (nie yg tak sabor). Kita juga boleh bertukar-tukar cerita memandangkan kebanyakan ahli datang dari pelbagai tempat.

Seterusnya, kita juga akan mengadakan mesyuarat penting bagi membincangkan kedudukan system 07-09. Kita akan melantik beberapa anggota Majlis Tertinggi bagi memastikan organisasi ini terus kukuh sampai bila-bila dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Pelantikan ini penting bagi membolehkan segala aktiviti dapat dijalankan dengan terancang dan lebih bererti.

Ahli Majlis Tertinggi System 07-09

Pengerusi
- Memastikan pertubuhan ini terus hidup
- Berhak memutuskan sesuatu keputusan berdasarkan suara ahli
- Memastikan ahli di bawahnya melakukan tugas

Timbalan Pengerusi
- Membantu tugas Pengerusi
- Berhak menggantikan atau mewakili Pengerusi semasa ketiadaannya

Setiausaha
- Mencatatkan segala perkara yang berlaku dalam pertubuhan ini
- Me'list'kan semua nama ahli agar pertubuhan ini terus terpelihara

Bendahari
- Membuat kutipan wang antara ahli pertubuhan
- Merangka strategi bagi mengukuhkan kedudukan kewangan

Exco Data dan Maklumat
- Menyimpan segala rekod aktiviti ahli sama ada dari segi foto atau bertulis
- Sentiasa merakam segala aktiviti yang berlaku sama ada dari segi foto atau bertulis

Exco Multimedia dan Publisiti
- Menghebahkan segala aktiviti yang akan dijalankan kepada semua ahli
- Mengemaskini blog rasmi pertubuhan

Exco Program dan Aktiviti
- Merangka segala aktiviti untuk pertubuhan agar terus subur sepanjang masa
- Memastikan ukhwah antara ahli berkekalan

Exco Khidmat Bakti
- Merangka pelan bagi menyumbang bakti kepada sekolah dan masyarakat
- Merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukan kewangan pertubuhan


Setiap Exco akan mempunyai 2 orang ahli jawatankuasa sebagai pembantu. Majlis Tertinggi ini akan terdiri daripada pelajar luar SMKTM dan yang masih belajar di SMKTM bagi memudahkan segala urusan. Jawatan yang disandang tiada gaji tetapi berakarkan keikhlasan bagi menghidupkan tali ukhwah antara ahli. (Byk cantik ko nk gaji!) Semoga Ahli Majlis Tertinggi akan membantu perkembangan dan menghidupkan Pertubuhan System 07-09. So, mulai sekarang, anda boleh berfikir-fikir untuk mencalonkan nama sesuai bagi menganggotai Majlis Tertinggi ini.

Mesyuarat akan dijalankan semasa perjumpaan nanti. Ingat, lepas mesyuarat baru makan!!! Saper yang makan sambil jamuan, siap dia. Ahli juga diseru untuk menyediakan RM 12 sahaja. (saper x nmpak gak aku hempok muker dier) So, sape yang rasa nak simpan RM 12 tu untuk bawak dalam kubur, dinasihatkan tak payah ler datang. Buat nyusahkan jer kan. Nak makan free jer tu! Duit tersebut akan digunakan untuk jamuan dan sebagai kewangan asas untuk pertubuhan kita.

Sesiaper yang raser bithday dier dh lepas atau hampir tiba, dialu-alukan bwk kek secret recipe atau baskin robbin utk diraikan bersama...... Diingatkan jugak kepada anak2 dara dan bujang yang pemalas bgn lambat tu, bangun2 ler awal skit aritu. (Nantie burger tu dh sejuk...) Datang jangan tak datang. Bukan senang dapat jumper.!!!!!

Ahad, 14 Mac 2010

JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.....................
Begitu jugalah dgn pertemuan kita semua. Tuhan telah mentakdirkan kita bertemu di SMK Telok Mas. Dengan persembahan minggu orientasi yang mengagumkan, kita telah menonjolkan siapakah sebenarnya kita. Sejak Tingkatan 1 kita digelar sbg batch paling berbakat..... Best giler. Banyak persembahan batch kita yangg buat. Naik Tingkatan 2, kita semakin mengorak langkah. Kita sudah boleh berdiri sendiri. Pelbagai persembahan kita yang lakukan sendiri. Tak perlu bantuan org lain. Kelas 2 Alpha dan 2 Sigma membuat persembahan berkaitan kemerdekaan. Kita jugalah perintis utk menganjurkan sesuatu program. Kita telah merancang sendiri utk mengadakan lawatan ke Genting Highlands. Paling membanggakan, dari A smpai Z semua itu merupakan hasil tangan kita. Melangkah ke tahun mencapar, tahun peperiksaan PMR. Kita seperti tidak merasakan kehadiran PMR. Kita berseronok dari awal tahun dgn melakar pelbagai kenangan. Kita juga menganggap, org yg berjaya bukan sekadar membaca buku tetapi turut terlibat aktif dlm bidang lain. Kita juga perintis kepada penghasilan buletin pertama sekolah, Glitz. Pelbagai jualan dan aktiviti dirancang bagi mengukuhkan ekonomi Glitz. Teringat pula semasa penat lelah membuka gerai. Semua bekerjasama bagi memastikan aktiviti yang dirancang berjaya. Batch kita sendiri telah membuka 2 gerai iaitu Glitz dan gerai gabungan Suliyana-Shafikah. Paling membanggakan, kerjasama erat bukan sekadar ahli Glitz sahaja tetapi turut merangkumi kengkawan batch lain. Siapa yang meng'conduct' 2 eksplorace, iaitu semasa minggu Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup kalau bukan batch kita. Siapa pula yang bersusah payah menjual itu dan ini semasa jualan Hari Guru kalau bukan batch kita. Kitalah pencetus inspirasi di SMKTM!!!


Selepas itu kita tunjukkan kehebatan kita dlm akademik. Walaupun bergiat aktif dlm pelbagai bidang, namun kita telah membuktikan pada Cikgu Jamilah bahawa itu bukan alasan untuk gagal. Kitalah batch terhebat yang memperoleh 4 org pelajar 8A dalam Peperiksaan Percubaan PMR. Walaupun angka yang kecil, namun menandakan bahawa kita bakal melakar sejarah kerana batch sebelumnya sekadar 2 orang dan ada yang tiada langsung. Pelbagai memori indah sudah terlakar manis walaupun dihiasi dengan rasa pahit. Tetapi kadangkala yang pahit itulah bakal menjadi manis pabila dikenang kelak. Masa berlalu begitu pantas. Demam peperiksaan sudah tiba. Kita berinisiatif untuk mengadakan majlis bacaan yasin sebanyak 21 kali sbg ikhtiar terakhir sebelum bertarung di dalam dewan peperiksaan. Kita bersama-sama membantu untuk persiapan terakhir agar peperiksaan yang bakal ditempuhi menjadi kenangan indah. Akhirnya PMR berlalu, muncul pula episod bercuti. Kita jugalah pelajar pertama yang mengadakan mesyuarat 'agung' sebenar dan melatih untuk berbudaya mengenali fungsi sesuatu jawatan. Kita jugalah yang melakukan proses demokrasi iaitu dengan melakukan pilihan raya tertutup. Kita juga sekali lagi merancang mengadakan lawatan dan pada kali ini lebih berprestij iaitu ke Sunway Lagoon. Pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan dana yang mencukupi. Tidak lupa juga lawatan alam semulajadi ke Bkt Larut. Semuanya hasil peluh kita. Minggu akhir tahun pula menjelang. Setiap kelas mengadakan majlis tersendiri dan yang penting dipenuhi dengan kegembiraan dan kenangan indah.

Menjangkaui Tingkatan 4, kematangan fizikal dan mental terpancar. Saf kita semakin ampuh. Kita telah menggemparkan sekolah dengan menghadiahkan 53 orang 8A. Hadiah yang sangat bernilai buat ibu bapa, guru-guru, sekolah, masyarakat sekitar dan juga kepada diri sendiri. Berduyun-duyun orang memberikan tabik kepada kita. Dengan membulatkan azam, kita akan terus mara ke hadapan. Sudah 2 kali kita makan pizza di sekolah dan turut membanggakan kita mampu untuk membelanja cikgu-cikgu. Namun, keampuhan saf itu terusik. Dalam suasana kegembiraan, kita dikejutkan dengan perpisahan. Batch kita ditakdirkan untuk menjelajah Malaysia bagi menimpa ilmu pengetahuan. Dari MRSM Pengkalan Chepa Kelantan, The Malay College Kuala Kangsar Perak, SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur, MRSM Kuching Sarawak, SM Sains Muzaffar Syah, SBPI Selandar sehinggalah SM Sains Muar, batch kita telah bertebaran hampir segenap Malaysia. Belum termasuk yang tidak disebut, dan bakinya masih setia menetap di SMK Telok Mas Melaka tercinta, kita masih terus ampuh.

Menyedari akan kepergian itu, kita telah menganjurkan satu majlis khas dinamakan Sambutan Memori '07-'09. Seperti biasa, kita tunjukkan bahawa kita mampu mengendalikan sesuatu majlis dengan jayanya. Pelbagai sumber dana diperoleh bagi menampung pembiayaan majlis tersebut. Kita bekerjasama melukis banner, mengendalikan persembahan, perhiasan pentas, susun atur kedudukan guru dan pelajar, gimik perasmian, kek dan cenderamata, mengacara majlis dan sebagainya merupakan hasil keringat kita. Tidak salah menganggap hari tersebut merupakan hari perpisahan paling bermakna dalam hidup kita.

Namun, kini semuanya telah berlalu. Jangan biarkan kenangan itu terus meragut jiwa kita. Tugas kita sekarang adalah untuk terus meluruskan saf bagi menggapai kegemilangan. Kita akan terus berbakti untuk sekolah dan masyarakat. Pelbagai program akan diatur dan semoga mendapat kerjasama padu dari seluruh pihak. Semoga blog ini akan menjadi wadah untuk kita bertemu dan mendapatkan informasi terkini. Janji kita, akan terus bersama membantu sekolah, masyarakat dan negara! Insya-Allah. Salam ukhwah...........