Rabu, 16 Mei 2012

Selangkah Ke Masa Hadapan

Hari demi hari, bulan demi bulan kita lalui. Sedar atau tidak, sudah kita lepasi banyak ranjau dalam kehidupan ini. Segala kedukaan dan kegembiraan yang kita hadapi, semuanya mempunyai hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Pun begitu, kita tetap berjaya menempuhinya hingga ke tahun 18 kita di bumi ini.


Akhirnya kini, sudah sampai masanya kita meneruskan hidup kita ke fasa seterusnya. Fasa ini biasanya kita ketahui sebagai fasa 'Alam Varsiti'. Walaupun lebih merujuk kepada Universiti, tidak semestinya rakan-rakan kita di Tingkatan 6 tidak tergolong sama. Jika dfikirkan semula, tahap pembelajaran sama sahaja. Jadi, tidak kira Tingkatan 6, Matrikulasi mahupun Universiti, semuanya sama. Tiada diskriminasi.

Kita sudah selesai dengan SPM. Gagal atau berjaya, itu tidak penting kerana cara kita membawa diri di Alam Varsiti ini adalah yang utama. Apa guna berada di institusi-institusi pengajian terkemuka sambil diiringi biasiswa kalau tidak dimanfaatkan sebaiknya?

Oleh itu, kita harus terus menerus membina keyakinan diri untuk berjaya. Kalau kita sudah kecundang di jiwa sekarang, bagaimana harus kita hadapi alam dewasa yang penuh dengan cabaran dalam pelbagai rupa kelak? Biarkan kegagalan menjadi guru, dan jadikan kejayaan sebagai pembantu.

Usah biarkan diri kita dihantui oleh tanggapan negatif terhadap pilihan terakhir kita. Kita tahu siapa kita. Fikirkan kita mampu kerana motivasi diri bisa mengubah segalanya. Usah juga kita memomokkan dan membanding-bandingkan diri dengan mereka yang kita fikir lagi hebat daripada kita. Percayalah, kita semua berbeza untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Maka, janganlah kita memutuskan hubungan kita dengan rakan-rakan walaupun sudah berjauhan.

Moga kita julang kejayaan bersama
Apa-apapun,
SELAMAT MEMASUKI ALAM VARSITI
#Kepada yang memasuki Tingkatan 6, kesukaran adalah keseronokan (kalau merasakan ia susah).
##Selebihnya, lekas-lekas larikan diri daripada dakapan 'Kejutan Budaya' (jika mengalaminya).
###Pilihan terakhir adalah pilihan yang dibuat setelah meneliti secara mendalam.

2 comments:

Reeza Redzuan berkata...

Gud Luck semua. go go go

Amirul farid berkata...

varsiti kesayanganku,
begitu banyak jasamu,
membentuk insan mulia,
berilmu dan berbudaya,
lol. lagu UM -.-