Khamis, 22 Mac 2012

Tahniah!

Akhirnya, satu penantian telah berakhir. Keputusan SPM sudah diumumkan. Seperti yang kita ketahui, keseluruhan keputusan SPM 2011 adalah yang terbaik dalam tempoh 5 tahun. Begitu juga SYSTEM!



Keputusan SPM 2011 telah mencatatkan sejarah apabila 2 orang rakan kita di SMK Telok Mas telah berjaya mencapai A dalam setiap matapelajaran yang diduduki. Para guru sungguh terharu terutamanya Pn. Roslinda Din yang kelihatan jelas emosinya ketika dia sedang mengumumkan nama-nama pelajar.

Ihsan : Syahirah Ibrahim
Nama SMK Telok Mas akan lebih melonjak naik, apabila telah mencapai 100% lulus dan meningkat dalam gred purata keseluruhan sekolah. Tahniah diucapkan. Tidak dilupakan juga warga SYSTEM yang lain kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang di sekolah masing-masing.

Seperti yang telah dijanjikan oleh bekas pengetua SMK Telok Mas Cik Hjh. Jamilah, beliau telah menghadiahkan wang yang berjumlah RM 1000.00 setiap seorang yang telah mencapai semua A. Majlis penyerahan hadiah telah dilangsungkan secara kecil-kecilan di bilik kaunseling pada petang itu juga kerana Tuan Pengetua Cik Hjh. Jamilah amat gembira dengan kejayaan yang telah melangkaui keputusan SPM tahun lepas.

Kepada rakan-rakan yang kurang berjaya, jangan bersedih kerana apa yang penting adalah perkara yang kita lakukan selepas ini. Keputusan gilang-gemilang cuma kunci pemudah sepanjang kita melalui lorong kejayaan sebelum kita berjaya menggapai matlamat hidup. Harapan masih ada pada setiap orang. Yang penting adalah Usaha yang berterusan dan Ibadah yang tidak putus-putus.

Semoga kita akan terus berusaha dan berjaya di dunia dan akhirat! Ganbatte!

1 comments:

NausicaƤ berkata...

pergh. nak duit jugak. ex-SYSTEM tak dapat ea? hee :D