Rabu, 8 Februari 2012

SYSTEM 0711 REVAMPED!

6 Februari 2012, maka telah tercetuslah sebuah sejarah apabila Persatuan ini dibentuk semula strukturnya. Setelah dibincang dan dinilai, terbentuklah Majlis Tertinggi (MT) untuk mengepalai nakhoda ala-ala Titanic ini.





Tuan Presiden
Ibrahim Abu Talib (Baim)

Naib Presiden
Nur Nawwarah Hamzah (Naw)

Setiausaha
Mohamad Azroy (Ajoy)

Bendahari
Nurul Atiqah Mohd Noor (Tiq)

Exco Multimedia
Bukhari Shafiq (Boboy)

Exco Aktiviti
Nurul Suhada (Ada)

Exco Khidmat Bakti
Nadiah Ibrahim

Exco publisiti
Syahirah Sulaiman (Teddy)

InsyaAllah Persatuan ini akan diteruskan kerana pengasas Persatuan SYSTEM 0711 (dahulunya SYSTEM 0709) ingin mengimplemenkan motif salah satu persatuan di sekolahnya [Lihat Sini] ke dalam persatuan ini. MT ini akan diteruskan untuk tempoh beberapa tahun sehinggalah reformasi baru dijalankan bersama seorang pemimpin yang baharu.

 Di sini juga disertakan misi utama SYSTEM 0711
Memastikan keutuhan hubungan ahli SYSTEM 0711 walaupun sudah berjauhan.
Diharapkan juga para ahli dapat berkongsi tentang program-program yang boleh disertai oleh SYSTEM 0711 seperti jualan atau apa-apa pun aktiviti agar dapat menambahkan pendapatan untuk menampung aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu, pendapatan itu juga akan disalurkan kepada sekolah kita, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas.

Dengan sumbangan ini bukan sahaja dapat menambahkan pahala ahli-ahli SYSTEM 0711 malah dapat memastikan hubungan SYSTEM 0711 dengan pihak sekolah berterusan walaupun terdapat perubahan dalam sekolah seperti perubahan guru atau pengetua. Sumbangan ini perlu diteruskan atas dasar membalas jasa. Segala kerjasama ahli SYSTEM 0711 amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

npe Triple R x jdi presiden ag????