Sabtu, 31 Disember 2011

Tahun Baharu, Semangat Baharu!

Alhamdulillah, 2011 kini bakal melambai pergi dan diganti pula oleh 2012. Ternyata, 2011 telah dipenuhi dengan begitu banyak memori pahit manis kepada seluruh warga SYSTEM 0709. SPM, sudah berjaya kita tempuhi. Moga-moga segala usaha kita dapat dilihat hasilnya nanti.



Pada masa yang sama, kita juga digemparkan dengan berita pemergian Bonda tercinta, Cik Hajah Jamilah Ismail. Kami Warga Tetap SYSTEM (WTS), amat terkejut dengan pemergian beliau pada saat kami sedang berjuang. Kenangan bersama Bonda masih segar dalam ingatan. Selesai kisah duka.

Tahun 2012 yang bakal tiba dapat kita jangkakan perubahan besar-besaran yang bakal memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Usaha Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib Abdul Razak, untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan turut merangsang Tuan Presiden Reeza Redzuan Rosnan untuk mengubah motif SYSTEM 0709.
_____________________________________________________________________________________________

FACEBOOK - Pada 20 Disember 2011, Tuan Presiden Reeza Redzuan Rosnan telah membuat pengumuman penting berkaitan SYSTEM 0709. Menurut beliau perubahan besar akan berlaku bermula 1 Januari 2012.


"Masa yang ada ini kita harus manfaatkan sebaiknya. Justeru, saya menggesa seluruh ahli SYSTEM 0709 untuk cepat-cepat bekerja mencari pengalaman, belajar kelas English, Mandarin mahupun Korea serta ambil lesen. Reunion, tidak perlu buat tergesa-gesa. Kerana bagi saya, reunion yang terbaik ialah reunion yang dapat menghimpunkan segenap ahli dan kita bersama-sama melakukan aktiviti yang bermakna. Mengikut standard umur dan kematangan kita, saya kira perkara tersebut tidak akan terjadi. Biarlah reunion kita jalankan dalam masa 20 tahun akan datang di SMKTM sendiri. Buat terus 3 hari 2 malam macam karnival. Setakat ini saya cadangkan agar kita adakan majlis perjumpaan sahaja seperti makan tengah hari, makan malam atau buat pertandingan seperti bowling misalannya. Dan perjumpaan tersebut harus bermakna, hebat, grand dan ramai orang datang. Biarlah kita buat misalnya kita tempah Seoul Garden untuk makan tengah hari, ataupun makan malam di Hotel Renaissance," beliau turut mencadangkan diadakan tema untuk setiap perjumpaan.


"Dan setiap perjumpaan kita harus dibuat kutipan untuk dana SYSTEM 0709. Saya juga menyarankan agar ahli system 0709 ini didaftarkan, ingat bukan free. Mungkin tahap pelajar kita kenakan RM10. 20 tahun akan datang kita kenakan keahlian rm50. Hal ini dapat menjamin kelangsungan entiti batch hebat ini serta dapat berbakti kepada sekolah. Justeru, sekarang yang perlu kita lakukan ialah kerja untuk mendapatkan duit.

"Saya juga usulkan agar Ibrahim Abu Talib menjadi presiden pertama dan naib presidennya ialah Fatin Farain untuk penggal pertama ini (2012 - 2016). Jawatan ini akan bergilir selama 5 tahun mengikut cadangan presiden saat itu serta sokongan ahli SYSTEM 0709. Ayuh beri sokongan kpd presiden kita ! Bagaimana kawan-kawan?"


Walaubagaimanapun, Saudari Fatin Farain Telah menolak jawatan tersebut apabila ditanya oleh wartawan kami, Cik Nurul Suhada Ismail. Ahli-ahli Majlis Tertinggi SYSTEM 0709, masih belum dipastikan lagi.
_____________________________________________________________________________________________


Pada masa yang lain, Tuan Presiden Reeza Redzuan Rosnan telah mengadakan perbincangan Ros Merah bersama Tuan Muda Ibrahim Abu Talib. Berikut merupakan hasil perbincangan bersama mereka:
  • Keahlian SYSTEM 0709 akan dibuka kepada setiap pelajar yang lahir pada tahun 1994 dan pernah bertapak di SYSTEM dalam lingkungan tahun 2007 hingga 2011.
  • Pertubuhan ini akan diteruskan dan diubah menjadi pertubuhan eksklusif tidak rasmi.
  • Bayaran akan dikenakan kepada setiap ahli untuk menampung aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.
  • Pengerusi yang dilantik akan memimpin dalam tempoh satu penggal iaitu bersamaan 5 tahun.
  • Majlis Perjumpaan Semula atau lebih dikenali sebagai Reunion secara besar-besaran, tidak akan berlangsung dalam tempoh terdekat.
  • Nama SYSTEM 0709 bakal diubah kepada SYSTEM 0711 atau kepada nama lain yang dipersetujui oleh ahli.
Oleh itu, Tuan Pengerusi amat berharap agar setiap ahli SYSTEM 0709 dapat memberi kerjasama dalam memastikan deligasi murni ini terus kekal teguh dan setiap ahlinya tetap kukuh bersatu.

*****
Selamat ber-PLKN kepada insan-insan yang terpilih! Yang Lain, cari kerja dan terus memburu biasiswa.
 
*****

Sekian, terima kasih.


2 comments:

Reeza Redzuan berkata...

Cis, gambar yang sangat hina...

NausicaƤ berkata...

ahaha post takleh blah :D