Ahad, 19 Ogos 2012

Ketupat dan Kemaafan


Setelah 29 hari kita berlayar di lautan Ramadan, akhirnya telah kita tiba di pulau Syawal. Sudah tentunya sepanjang bulan Ramadan, kita telah diberi pelbagai jenis dugaan, sama ada kita sedar atau tidak. Adakah kita telah memanfaatkan bulan Ramadan yang telah lepas? Apa-apapun, jangan disesali benda yang lepas. Harus kita tabahi perkara mendatang.

Orang selalu cakap, "Minta maaf masa raya nanti." Sememangnya kita perlu meminta maaf setiap kali melakukan kesalahan, tak payah tunggu raya. Tapi, memandangkan masa raya saja mulut kita rancak memohon maaf, jadi ambillah peluang ini untuk memohon maaf dengan seikhlas hati.

Di bulan ini juga, janganlah kita mencekik berhabis-habisan untuk mengisisemula perut selepas sebulan berpuasa. Makanlah dengan berpada-pada. Janganlah tamak dan apabila tiba di rumah terakhir, kita dah tak mampu nak makan lagi.Hihi...

Dalam bulan Syawal yang penuh kemuliaan ini, ingin diucapkan kepada anda semua
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!

*********
Oh ya, atas undian ramai, konvoi beraya dirancang akan diadakan pada hari Khamis, 5 Syawal, bersamaan 23 Ogos.

0 comments: