Alhamdulillah
Pada 28 Disember 2010, system 0709 telah berjaya melaksanakan rancangan system 2010 yang terakhir iaitu berbakti kpd SMKTM dengan menghadiahkan 2 hamparan karpet dan 2 helai alas kaki. Walaupun hadiahnya tidak seberapa namun dapat menjadi titik tolak supaya kita bekerjasama membantu pihak sekolah walaupun sudah tidak lagi menuntut di situ.
Pihak sekolah yang diwakili oleh Puan Pengetua, Cik Hjh Jamilah Ismail merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada batch system 0709. Beliau juga turut melahirkan perasaan kagum atas ukhwah yang dibina saling kukuh walaupun belajar berjauhan. Beliau turut mendoakan agar kita dapat melakukan yang terbaik untuk SPM 2011.
Dalam sesi ramah mesra terbabit, beliau turut melahirkan rasa sedih beliau atas pencapaian yang kurang memberangsangkan SMKTM PMR 2010. Beliau malahan memuji batch kita kerana lebih baik dari segi sahsiah, akademik, kokurikulum dan kemenjadian pelajar.
Justeru, kami mengharapkan agar batch seterusnya dapat meningkatkan pencapaian gemilang SMKTM. Tidak lupa juga ahli system 0709 yang masih setia di SMKTM supaya buat yang terbaik dan serlahkan kemenjadian pelajar anda dari segi akademik, kokurikulum dan kepimpinan. Kepada ahli system 0709 yang lain, do your best n good luck!!!!
2 comments:
"beliau turut melahirkan rasa sedih beliau atas pencapaian yang kurang memberangsangkan SMKTM PMR 2010. Beliau malahan memuji batch kita kerana lebih baik dari segi sahsiah, akademik, kokurikulum dan kemenjadian pelajar. "
bkn nk kte aper..tapi
TANIAH BATCH SYSTEM 0709..huhu..
hebadd!!!!
Catat Ulasan