Sabtu, 29 Mei 2010

PIBG....Kejayaan Dirai


Alhamdulillah, dengan izin Allah ahli system 0709 berjaya dihimpunkan untuk diraikan kejayaan mereka. Pada Hari PIBG SMKTM 2010 mereka diberikan pengiktirafan atas kejayaan menggempak lagi mengharumkan nama sekolah serta meletakkan reputasi pada tahap yang amat membanggakan.

Walau tidak kesemua pelajar 8A yang hadir, namun sekurang2nya ikatan persahabatan yang kukuh lagi erat mula dizahirkan apabila dapat kembali bertemu. Sesungguhnya, majlis seperti ini merupakan wadah kepada mereka untuk bersemuka dengan lebih dekat sambil pot pet pot pet tentang suasana baru di sekolah baru.

Mereka diberikan sijil penghargaan dan wang berupa unit Amanah Saham Bumiputera bernilai RM 80. Paling membanggakan, wakil system 0709, Reeza Redzuan berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum 2009 sekaligus berjaya mengatasi dominasi pelajar Tingkatan 5.


Cuber renung muka Fikri Majid, kelakar x??? Beliau sangat fokus dan serius mendengar ucapan dari Puan pengetua.

Walau apapun, kejayaan yang diraikan ini amat bermakna kerana sesungguhnya memberi galakan kepada batch seterusnya untuk melakar kegemilangan sekaligus mengakui keunggulan system 0709. 53 org 8A !!!!! Tahniah.............. Semoga kejayaan kita berterusan untuk SPM 2011...

2 comments:

atika n.f. berkata...

pastinya, memori pd hari tersebut meninggalkan kesan yg mendalam kepada semua....termasuklah si pembaca yg hampir menitiskan airmata stlh mengenang kmbli segala pahit manis di smktm....

Blue Maya berkata...

atika, go go..........